PENGENALAN




Penternakan rusa merupakan suatu perusahaan yang masih baru di negara kita Malaysia. Tanggapan bahawa rusa adalah hidupan liar menjadikan rusa antara perusahaan yang masih kurang mendapat tempat sepenuhnya di hati para penternak, khususnya golongan belia negara. Keadaan ini menjadikan bekalan untuk produk rusa khususnya daging dan tanduk (antler/velvet) rusa sering mengalami masalah kekurangan stok. Apabila masalah ini timbul, maka harga pasaran semasa rusa sering mengalami kenaikan, khususnya rusa hidup (baka rusa).



Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan, khususnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negara amat menggalakkan para penternak dan golongan belia menceburkan diri dan memilih rusa sebagai haiwan ternakan utama. Penggunaan tanah yang tidak terlalu luas dan kajian mengesahkan bahawa rusa lebih cekap menukarkan rumput kepada daging jelas mengambarkan bahawa penternakan rusa menyediakan peluang perniagaan yang cerah pada masa hadapan.



Semoga maklumat yang terdapat dalam blog ini akan dapat menerapkan nilai keyakinan diri kepada penternak dan mereka yang mula ingin berjinak dalam bidang ini, khususnya golongan belia agar rusa menjadi pilihan utama dalam aktiviti pertanian mereka. Sekian, terima kasih.





Pengulas,



khoks


Inilah Dunia Reality Ku...

Selamat Datang Buat Pengunjung Sekalian Alam. Semoga Kedatangan Anda Mampu Menggegarkan Impian Saya..

06 April 2009

JENIS-JENIS RUSA
































Dalam aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya. Antaranya seperti rusa sika (Cervus nippon), sambar (Cervus unicolor), red deer (Cervus elapus), Wapiti atau Elk, Fallow deer (Dama-Dama), chital (Axs-Axis), dan rusa timor atau exotic (Cervus timorensis). Namun begitu, terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak, khususnya di Malaysia. Antaranya ialah : -

Timorensis (Exotic) :

Merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu, tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain seperti axis.

Sambar :

Sambar merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan dengan temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui rusa jenis sambar.

Axis-Axis :

Axis-Axis merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu tinggi. Badan/bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis. Dianggarkan, harga seekor anak rusa jenis axis-axis mampu mencecah RM3000.00 keatas dan harganya yang tinggi mempengaruhi perkembangan penternakan rusa jenis axis-axis negara. Selain itu, jenis axis-axis ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini memyebabkan rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Kadar kematian anak yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis timorensis juga membawa kepada masalah kurangnya penerokaan aktiviti penternakan rusa jenis ini. Namun begitu, zoo atau hotel-hotel terkemuka kerap menternak rusa jenis axis-axis sebagai daya tarikan kepada pengunjung dan ini jelas mengambarkan bahawa rusa jenis axis-axis lebih sesuai untuk diternak dengan tujuan membangunkan aktiviti pelancongan negara dari aktiviti pengeluaran produk rusa secara komersial.

2 comments:

  1. bgus jgk ternak rusa ni..tpi mcam mna nk dpat baka rusa 2..ank2 rusa?

    ReplyDelete
  2. u dari kawasan mana bro..? cuba tnya kat pjbt veteriner, mgkin mereka boleh bantu. nak cari baka di satu-satu kwsn mmg susah coz tak banyak org yang ternak, sebab tu susah. tapi ia memberi masa depan yang cerah..

    ReplyDelete